???? PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA ????
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah menganjurkan Program Pendidikan Awal Remaja khas untuk murid Tahun 4, 5 dan 6.
???? Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat)
???? Penceramah: Sharon Gana
???? Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
Program ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan dan kesedaran kepada murid tentang perubahan diri serta perkembangan fizikal, emosi dan sosial dalam menghadapi alam remaja.
Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat kepada semua murid agar lebih bersedia, yakin dan positif dalam menempuh fasa awal remaja.
✨ Kenali Diri, Hargai Diri, Bersedia Melangkah ke Alam Remaja.
Terima kasih kepada penceramah dan semua pihak yang telah menjayakan program ini. ❤️
#SKTunSyedAhmadShahabudin
#UnitBimbinganDanKaunseling
#ProgramPendidikanAwalRemaja
#MuridCeriaSahsiahTerpuji