• Main
  • News

???? *Serlahkan Kreativiti Anda dengan Animasi dan AR pada iPad!* ????

????Mengumumkan *“Digital Ideation Challenge using Animation and AR on iPad”*, di mana inovasi bertemu impak! Program anjuran bersama Apple Professional Learning Malaysia dengan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menarik ini menjemput anda untuk mencipta projek yang menakjubkan menggunakan animasi dan Augmented Reality (AR) di iPad.

????????*Siapa yang Boleh Menyertai?*

* *SIRI BENGKEL*: terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar. (Pautan SPLKPM disediakan untuk guru-guru KPM yang menyertai bengkel)

* *PERTANDINGAN*: terbuka kepada murid Sekolah Rendah dan Menengah KPM warganegara Malaysia sahaja.

????????‍????Di dalam siri bengkel, peserta akan mempelajari bagaimana untuk mengembangkan dan mendokumentasikan idea dan inovasi serta menghasillkan prototaip dalam bentuk animasi (kategori sekolah rendah) dan Augmented Reality (AR) (kategori sekolah menengah) secara hands-on menggunakan aplikasi Freeform, Keynote, Pages, GarageBand, Clips, iMovie dan Reality Composer.

Sertai kami dalam “Digital Ideation Challenge using Animation and AR on iPad” dan jadi sebahagian daripada inisiatif yang menggabungkan teknologi, kreativiti, dan kelestarian.

????Ikuti taklimat pertandingan dan sesi bengkel pertama pada 9 Julai 2024.

????Sertai kumpulan Telegram peserta (https://bit.ly/Telegram-D-Ideation2024 ) untuk maklumat terkini.


About Us

  • SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

    SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan Taman Tasek Utama ,Ayer Keroh. Ianya mula beroperasi pada 3.1 2011 dengan jumlah murid seramai hampir 500 orang dan 41 orang tenaga pengajar yang berkaliber.