• Main
  • News

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi. Bermula Pada Hari Esok,

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi. Bermula Pada Hari Esok,

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bermula pada hari esok, kaunter sumbangan PIBG SK TUN SAS secara bersemuka akan dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari iaitu setiap Isnin hingga Sabtu.

Bagi mengelakkan tuan/puan beratur panjang atau menunggu terlalu lama, kami juga AMAT MENGGALAKKAN tuan/puan menyumbang secara dalam talian bagi memudahkan segala urusan dan menjimatkan masa tuan/puan. Sumbangan secara dalam talian juga memudahkan urusan tuan/puan sekiranya pada hari tersebut KAUNTER TIDAK DAPAT DIBUKA atas sebab-sebab tertentu.

Tetapi bagaimanakah caranya?

Jika ingin membuat sumbangan secara dalam talian, ibubapa atau penjaga boleh mengimbas QR Code PIBG SK Tun SAS pada pautan yang diberikan ini https://shorturl.at/crFU5

Ibubapa dan penjaga yang telah membuat sumbangan dalam talian, diharap resit sumbangan atau bukti sumbangan dihantar ke pautan ini https://shorturl.at/lKPS3 bagi melancarkan kerja perekodan oleh bendahari PIBG. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Bendahari di talian 019-3987429.

*Resit sumbangan secara dalam talian akan dikeluarkan jika diminta oleh ibubapa.


About Us

  • SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

    SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan Taman Tasek Utama ,Ayer Keroh. Ianya mula beroperasi pada 3.1 2011 dengan jumlah murid seramai hampir 500 orang dan 41 orang tenaga pengajar yang berkaliber.