• Main
  • News

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera. Makluman Untuk Semua Ibubapa

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera. Makluman Untuk Semua Ibubapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Makluman untuk semua ibubapa dan penjaga, berdasarkan keputusan sebulat suara semasa Mesyuarat Agong PIBG SK Tunsas kali ke – 14 yang lalu, pihak PIBG telah menyediakan satu Pakej Sumbangan PIBG SK Tun SAS. Pakej-pakej tersebut adalah seperti yang tertera pada gambar diatas.
Jika ingin membuat sumbangan secara dalam talian, ibubapa atau penjaga boleh mengimbas QR Code PIBG SK Tun SAS pada pautan yang diberikan ini https://shorturl.at/crFU5

Ibubapa dan penjaga yang telah membuat sumbangan dalam talian, diharap resit sumbangan atau bukti sumbangan dihantar ke pautan ini https://shorturl.at/lKPS3 bagi melancarkan kerja perekodan oleh bendahari PIBG. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

*Pembukaan kaunter PIBG secara fizikal akan bermula pada 26 Februari 2024 (Isnin) – 9 Mac 2024 dan waktu operasi bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari setiap Isnin hingga Sabtu.


About Us

  • SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

    SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan Taman Tasek Utama ,Ayer Keroh. Ianya mula beroperasi pada 3.1 2011 dengan jumlah murid seramai hampir 500 orang dan 41 orang tenaga pengajar yang berkaliber.