• Main
  • News

???? SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK 2024/25

Sila maklum kepada para ibu bapa / penjaga murid Tahun Satu Sesi Tahun 2024/2025 untuk tindakan mereka:

https://idme.moe.gov.my

1. Keputusan Penempatan Murid Tahun Satu sesi Tahun 2024/2025 boleh disemak dalam sistem Idme mulai 1.10.2023. Mohon para ibu bapa / penjaga buat pengesahan penempatan dalam sistem Idme dan cetakkan surat tawaran anak lalu hantar ke sekolah penempatan mulai 1.10.2023 hingga 31.10.2023. Parents yang tiada kemudahan mesin cetak, boleh minta bantuan cetakan daripada sekolah masing2.

2. Jika ada parents yang nak tukar sekolah, sila buat Rayuan online dalam sistem Idme mulai 1.10.2023 hingga 31.10.2023. Keputusan rayuan akan keluar mulai 1.12.2023 dalam sistem Idme juga.

3. Bagi parents yang langsung belum daftar lagi, sistem Idme masih buka lagi sehingga 14.12.2023. Mohon parents yang belum daftarkan anak, sila daftar segera dalam sistem Idme.


About Us

  • SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

    SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan Taman Tasek Utama ,Ayer Keroh. Ianya mula beroperasi pada 3.1 2011 dengan jumlah murid seramai hampir 500 orang dan 41 orang tenaga pengajar yang berkaliber.