• Main
  • News

Penyerahan Sumbangan Cakna Kasih Ramadhan 2021 Pihak Sekolah

Penyerahan Sumbangan Cakna Kasih Ramadhan 2021 Pihak Sekolah

Penyerahan Sumbangan Cakna Kasih Ramadhan 2021. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Sumbangan anda telah mengukir senyuman di wajah mereka dan doa mereka juga dititipkan kepada para penyumbang. Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala amal baik yang dilakukan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: " Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)


About Us

  • SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

    SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ialah sebuah sekolah yang terletak di kawasan Taman Tasek Utama ,Ayer Keroh. Ianya mula beroperasi pada 3.1 2011 dengan jumlah murid seramai hampir 500 orang dan 41 orang tenaga pengajar yang berkaliber.